Wednesday 24 April 2013

WE ARE PERMATA RANGERS

Selama 2 hari ini,kami sebagai PERMATA  RANGERS ingin menceritakan pengalaman tentang semua yang telah dipelajari oleh kami.Penyertaan ini diwakili 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan iaitu Yasmeen binti Mohd Sanusi,Iffah Mawaddah binti Mohd Helme,Khairul Anwar bin Azman,Hazrul Azhan bin Hasbullah dan Mohd Luqman bin Roslan.

APA ITU RIVER RANGERS????POWER RANGERS????..Sebenarnya River Ranger ialah satu pasukan yang ditugaskan untuk memastikan kebersihan sungai sentiasa terpelihara.Kami telah melakukan pelbagai aktiviti dan perkongsian yang menarik.Kami disatukan dengan pelajar-pelajar SMK Taman Melawati yang juga merupakan tuan rumah bagi hari pertama.
 
Selepas sarapan,acara ini dirasmikan oleh Dato' Lim. Acara perasmian juga telah selesai jadi kami meneruskan dengan aktiviti yang lain. Dr.Kali telah menyampaikan modul-modul mengenai sungai pada masa kini.Beliau juga mengajar kami cara-cara menjaga sungai dengan baik.

Apabila sesi penerangan sudah selesai,kami bersiap sedia dan duduk di dalam kumpulan yang telah dinamakan ALGAE.Kami menyiapkan diri untuk membuat kajian di sungai.Peralatan juga telah disediakan oleh pihak berkuasa.Sebelum itu,kami berehat sebentar untuk makan tengahari dan menunaikan solat Zohor.

Kami perlu segera membuat kajian kerana keadaan cuaca yang semakin mendung.Kami mencari ukuran bagi pH,DO(direct oxygen),Turbidity,Phosphate,Nitrate dan Temprature yang digolongkan dalam Chemical Monitoring.Kami menamatkan tugas kami apabila hujan mulai turun.

Kami membersihkan kasut yang sudah terkena lecak dan kembali ke dewan.Acara ini juga tamat lebih awal kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Kami semua segera kembali ke sekolah masing-masing dan kembali ke SMK Taman Melawati pada hari esok.

Pada keesokan hari,kami berkumpul di belakang sekolah itu.Kami bersarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.Selepas itu,kami turun semula ke sungai untuk melakukan kajian tentang Biological Monitoring.Kumpulan kami telah menjumpai sejenis siput yang dinamakan Mystery Snail.Dalam pada itu,kami dapat mengesan kualiti air sungai dan skala tentang hidupan yang ditangkap:

SPECIES: MYSTERY SNAIL

INDICATOR: SENSITIVE/MODERATE

WATER QUALITY: GOOD/AVERAGE (RATHER DIRTY WATER/AVERAGE 3)

Selepas itu,kami bergerak ke SK Klang Gate.Di sana,kami melakukan aktiviti 'indoor' dan bukannya 'outdoor'.Kami diterangkan tentang SMART RANGER oleh Encik Adli yang bermaksud Start Managing All Resources Today.

 Kami diberitahu tentang laman web myrol. Selepas itu , kami diajar cara-cara membuat lilin,sabun,jus sampah dan baja kompos. Kami berhenti untuk makan dan solat di surau yang berdekatan. Sesudah  solat, kami berkumpul di dewan untuk membuat GMAIL dan menulis blog.